Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
28. Pertubuhan perbadanan pergigian
Feedback & supportSesuatu pertubuhan perbadanan boleh menjalankan urusan pergigian jika—
ia tidak menjalankan apa-apa urusan selain pergigian atau sesuatu urusan berkaitan dengan urusan pergigian itu; dan
semua pengarah dan kakitangan pengendalinya ialah pengamal pergigian berdaftar.
Kecuali sebagaimana yang disebut terdahulu, tidaklah sah bagi mana-mana pertubuhan perbadanan menjalankan apa-apa urusan pergigian, dan jika mana-mana pertubuhan perbadanan menjalankan apa-apa urusan pergigian bersalahan dengan seksyen ini, tiap-tiap pengarah atau pengurusnya adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dengan tidak diketahuinya.
Tiap-tiap pertubuhan perbadanan yang menjalankan urusan pergigian hendaklah, dalam tiap-tiap tahun pada masa yang ditetapkan, menghantar kepada Pendaftar suatu pernyataan dalam borang yang ditetapkan yang mengandungi alamat premis dan nama dan alamat semua orang yang menjadi pengarah atau pengurus pertubuhan perbadanan itu, atau yang menjalankan kerja pergigian berkaitan dengan urusan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu tidak berbuat demikian, ia hendaklah disifatkan menjalankan urusan pergigian bersalahan dengan seksyen ini.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini menghalang apa-apa perbuatan yang termasuk dalam pengertian amalan pergigian dilakukan oleh kakitangan pembedahan bagi mana-mana hospital daripada apa-apa jenis (termasuk sesuatu institusi bagi pesakit-pesakit luar sahaja atau sesuatu dispensari atau sesuatu klinik), atau bagi
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 51
mana-mana sekolah pergigian, yang diluluskan bagi maksud seksyen ini oleh Majlis.
Seksyen ini tidak terpakai bagi—
sesuatu pertubuhan perbadanan yang mengadakan rawatan pergigian bagi pekerjanya oleh seseorang pengamal pergigian berdaftar kecuali untuk memperoleh keuntungan;
sesuatu pihak berkuasa tempatan yang mengadakan perkhidmatan pergigian melalui seseorang pengamal pergigian berdaftar;
seseorang pemegang amanah dalam kebankrapan yang menjalankan melalui seseorang pengamal pergigian berdaftar urusan pergigian seseorang pengamal pergigian berdaftar yang bankrap;
pemegang amanah atau wakil diri bagi harta pusaka seseorang pengamal pergigian berdaftar yang mati yang menjalankan urusan pergigian si mati itu melalui seseorang pengamal pergigian berdaftar; atau
mana-mana pertubuhan perbadanan yang Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta dikecualikan daripada seksyen ini.