Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian

25. Keistimewaan bagi orang berdaftar dan ketidakupayaan orang yang tidak berdaftar

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang yang pada masa ini ada namanya di dalam

Daftar sebagai berdaftar di bawah Akta ini adalah berhak, mengikut

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 51

kelulusannya, menjalankan amalan pergigian mengikut peruntukan

Akta ini dan menuntut dalam perjalanan undang-undang caj yang munasabah kerana bantuan, nasihat, dan lawatan profesional, pembedahan atau layanan pergigian dan nilai apa-apa perkakas pergigian yang diberikan atau dibuat atau dibekalkan olehnya kepada pesakitnya, dengan syarat bahawa pada masa melakukan perbuatan itu dia mempunyai suatu perakuan amalan tahunan yang berkuat kuasa.

(2)

Tertakluk pada seksyen 14, tiada seorang pun berhak menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa caj yang disebut dalam subseksyen (1) melainkan jika pada tarikh caj itu terakru dia ialah seorang pengamal pergigian berdaftar dan mempunyai perakuan amalan tahunan yang berkuat kuasa:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi seseorang pengamal perubatan yang berdaftar penuh di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran pengamal perubatan.

Report

Bahagian IV

Prosiding Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara

Schedules