Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian

12. Orang yang berhak didaftarkan sebagai doktor pergigian

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya, seseorang adalah berhak didaftarkan sebagai seorang doktor pergigian apabila membuat permohonan kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan jika dia mempunyai mana-mana daripada kelulusan yang dinyatakan dalam ruang ketiga dalam Jadual

Kedua yang diberikan oleh sesuatu institusi yang dinyatakan berhubung dengan kelulusan itu dalam ruang kedua dalam Jadual itu.

(2)

Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Majlis, menambah kepada, memotong daripada atau meminda

Jadual Kedua itu dengan perintah yang disiarkan dalam Warta.

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan tertakluk pada peruntukan lain dalam Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya, seseorang yang mempunyai kelulusan dalam pergigian (selain kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta ini)

yang disifatkan oleh Menteri sebagai sesuai untuk pendaftaran selepas berunding dengan Majlis (kemudian daripada ini disebut

“kelulusan yang diluluskan”), adalah berhak didaftarkan sebagai seorang doktor pergigian di bawah Akta ini jika dia telah memperoleh pengalaman dalam amalan pergigian dengan bekerja dalam amalan pergigian dengan memuaskan hati Ketua Pengarah selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dalam jawatan dalam satu perkhidmatan awam atau lebih yang diputuskan oleh Ketua

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 51

Pengarah, dari semasa ke semasa, menurut budi bicaranya, dan telah diberi suatu perakuan oleh Ketua Pengarah sebagai keterangan mengenai hal itu.

(4)

Tiada seorang pun layak dilantik dalam pekerjaan yang disebut dalam subseksyen (3) jika—

(a)

dia telah pada bila-bila masa didapati bersalah atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan

(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh dua tahun atau lebih; atau

(b)

dia telah didapati oleh Majlis, selepas menjalankan penyiasatan yang sewajarnya, bersalah kerana berkelakuan buruk dari apa-apa jua segi profesion atau selainnya tidak mempunyai nama dan kelakuan baik, dan apabila penyiasatan itu dijalankan, orang yang dipertuduh atas kelakuan buruk itu adalah berhak hadir di hadapan

Majlis dan didengar sendiri atau melalui peguam.

(5)

Ketua Pengarah, jika berpuas hati bahawa seseorang yang memegang sesuatu kelulusan yang diluluskan telah mempunyai pengalaman dalam amalan pergigian yang tidak kurang dari segi bidang dan tempoh masa daripada pengalaman yang disebut dalam subseksyen (3), boleh mengecualikan orang itu daripada kehendak tentang pengalaman yang disebut dalam subseksyen (3).

(6)

Seseorang yang memegang sesuatu kelulusan yang diluluskan hendaklah disifatkan didaftarkan di bawah Akta ini setakat yang perlu—

(a)

untuk membolehkannya memulai dan menjalankan pekerjaan yang disebut dalam subseksyen (3); dan

(b)

selama tempoh pekerjaan tersebut, bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis atau bagi apa-apa maksud

Pergigian 19

lain, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, tetapi tidak bagi apa-apa maksud lain.

(7)

Seseorang yang diambil bekerja di bawah subseksyen (3)

hendaklah, selama tempoh pekerjaan itu, disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

(8)

Pendaftar hendaklah menyiarkan tiap-tiap tahun dalam Warta dengan seberapa segera yang boleh selepas satu haribulan Januari setiap tahun, suatu senarai semua orang yang bekerja dalam amalan pergigian di bawah subseksyen (3), bersama dengan kelulusan mereka dan tarikh mereka memulakan pekerjaan itu; dan penyiaran senarai itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai butiran yang terkandung di dalamnya.

(9)

Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini sesiapa pun boleh didaftarkan sebagai seorang doktor pergigian di bawah Akta ini tertakluk pada apa-apa sekatan dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, dengan syarat bahawa orang yang hendak didaftarkan di bawah seksyen ini mempunyai kelulusan dalam pergigian dan Menteri berpuas hati, selepas berunding dengan Majlis, bahawa kelulusan itu adalah memadai.

Report

Bahagian IV

Prosiding Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara

Schedules