Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian

14. Perakuan amalan sementara

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, Majlis boleh, atas permohonan bertulis, mengeluarkan kepada seseorang yang didaftarkan sebagai doktor pergigian di luar Malaysia suatu perakuan sementara untuk menjalankan amalan sebagai doktor pergigian, tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis dalam perakuan itu, selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan.

(2)

Pemegang perakuan amalan sementara itu hendaklah, semasa perakuan itu masih berkuat kuasa dan tertakluk pada sekatan dan

Pergigian 21

syarat yang dinyatakan dalam perakuan itu, disifatkan sebagai seorang doktor pergigian berdaftar.

(3)

Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan sesuatu perakuan amalan sementara yang diberikan di bawah seksyen ini dan apabila dibatalkan, luputlah perakuan itu.

Report

Bahagian IV

Prosiding Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara

Schedules