Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
15. Keterangan mengenai kelulusan hendaklah diberikan sebelum catatan dibuat di dalam Daftar
Feedback & supportTiada apa-apa ijazah atau kelulusan boleh dicatatkan dalam
Daftar, sama ada pada pendaftaran kali pertama atau sebagai tambahan kepada nama berdaftar, melainkan jika Pendaftar berpuas hati mengikut apa-apa keterangan yang difikirkannya patut bahawa orang yang mengaku mempunyai ijazah atau kelulusan itu adalah berhak kepadanya.
Tiap-tiap orang yang didaftarkan di bawah Akta ini yang memperoleh sesuatu kelulusan pergigian, selain kelulusan yang telah membolehkan dia didaftarkan, boleh memohon kepada Majlis supaya
Daftar itu dipinda setakat yang berkaitan dengan kelulusan orang itu, dan atas permohonan itu Majlis hendaklah, jika berpuas hati bahawa pemohon itu berhak kepada kelulusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat dan bahawa kelulusan itu mempunyai taraf yang mencukupi untuk dicatatkan dalam Daftar, menyebabkan supaya Daftar itu dipinda dengan sewajarnya dengan memasukkan di dalamnya butiran kelulusan itu.
Majlis mempunyai kuasa untuk memutuskan ijazah tinggi dan kelulusan tambahan apakah yang boleh diterima untuk dicatatkan di dalam Daftar.