Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
19. Perakuan amalan tahunan
Feedback & supportSeseorang berdaftar yang hendak menjalankan amalan sebagai seorang pengamal pergigian selepas tiga puluh satu haribulan
Disember dalam sesuatu tahun hendaklah, tidak lewat daripada satu haribulan Disember dalam tahun itu, membuat suatu permohonan dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah membayar bayaran yang ditetapkan bagi suatu perakuan untuk menjalankan amalan sebagai seorang pengamal pergigian dalam tahun yang berikutnya.
Apabila menerima permohonan dan bayaran itu, Majlis, jika berpuas hati bahawa premis di mana dan keadaan yang dalamnya pemohon menjalankan amalan pergigian adalah sesuai untuk menjalankan amalan itu, hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya mengeluarkan suatu perakuan (bernama “perakuan amalan tahunan”)
yang membenarkan pemohon menjalankan amalan sebagai seorang pengamal pergigian dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, perakuan amalan tahunan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga tiga puluh satu haribulan
Disember dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 51
Seseorang berdaftar yang tidak memohon perakuan amalan tahunan mengikut cara dan dalam tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), boleh, apabila membuat permohonan dalam borang dan menjelaskan bayaran tambahan sebagaimana yang ditetapkan, diberi perakuan amalan tahunan bagi tahun yang berikutnya, jika permohonan itu dibuat dalam bulan Disember dalam sesuatu tahun, atau bagi baki tahun itu, jika permohonan itu dibuat pada atau selepas satu haribulan Januari dalam sesuatu tahun.
Walau apa pun peruntukan terdahulu dalam seksyen ini, jika seseorang berdaftar memohon perakuan amalan tahunan bagi kali pertama selepas memperoleh pendaftaran di bawah seksyen 12 atau seksyen 13, permohonan itu hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan boleh dibuat pada bila-bila masa dalam tahun itu, dan pemohon hendaklah, apabila menjelaskan bayaran yang ditetapkan, diberi perakuan amalan tahunan bagi baki tahun yang dalamnya permohonan itu dibuat.
Sesuatu perakuan amalan tahunan dan sesuatu permohonan untuk perakuan itu hendaklah menyatakan alamat tempat utama amalan dan semua tempat amalan yang lain bagi pemohon, dan apa-apa jua pertukaran tentang alamat itu hendaklah diberitahukan oleh pengamal kepada Pendaftar dan suatu catatan mengenai pertukaran itu dalam perakuan amalan tahunan diperoleh daripada
Pendaftar dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran itu.
Jika Majlis berpendapat dengan puas hati bahawa seseorang pengamal pergigian berdaftar adalah menjalankan amalan pergigian di sesuatu premis atau di bawah sesuatu keadaan yang disifatkan oleh
Majlis sebagai tidak sesuai untuk menjalankan amalan itu, Majlis boleh mengarahkan supaya perakuan amalan tahunan pengamal itu dibatalkan, dan dengan arahan itu, perakuan itu hendaklah terhenti berkuat kuasa dan tiada apa-apa perakuan amalan tahunan selanjutnya boleh dikeluarkan kepada pengamal itu sama ada bagi baki tahun itu atau bagi mana-mana tahun lain kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (8).
Jika seseorang yang perakuan amalan tahunannya telah dibatalkan di bawah subseksyen (7) dan dia membuat permohonan
Pergigian 25
dan membayar bayaran yang ditetapkan, Majlis boleh, selepas menimbangkan hal perkara itu, mengarahkan supaya suatu perakuan amalan tahunan dikeluarkan kepada orang itu.
Seseorang pengamal pergigian berdaftar yang menjalankan amalan pergigian dan yang—
tidak mempunyai perakuan amalan tahunan yang berkuat kuasa bagi dirinya;
berkongsi dengan seseorang berdaftar yang tidak mempunyai perakuan itu;
ada bekerja dengannya seorang berdaftar yang tidak mempunyai perakuan itu; atau
diambil kerja untuk menjalankan urusan seseorang pengamal pergigian bagi pihak seseorang yang tidak mempunyai perakuan itu, adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan dia tidak berhak menuntut apa-apa bayaran, upah, pembelanjaan atau kos yang dilakukan semasa dia atau mana-mana orang lain sebagaimana yang disebut terdahulu tidak mempunyai perakuan amalan tahunan.
Penyiaran senarai pengamal pergigian berdaftar yang kepadanya dikeluarkan perakuan amalan tahunan