Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
24. Perubahan dalam Daftar
Feedback & support(1)
Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa, memasukkan ke dalam Daftar—
(a)
apa-apa jua perubahan yang mungkin diketahui olehnya tentang nama atau alamat seseorang yang didaftarkan di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa perubahan tentang kelulusan, kelulusan tambahan dan butiran lain yang dikehendaki diubah di bawah Akta ini.
(2)
Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa, memotong daripada Daftar nama sesiapa jua yang dikehendaki dipotong di bawah Akta ini.