Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
23. Penghentian pendaftaran
Feedback & supportJika—
Pendaftar berpuas hati bahawa mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta ini dimasukkan ke atau ditahan di hospital mental di bawah peruntukan mana-mana undang-undang; atau
mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta ini telah diperakui oleh panel kajian semula perubatan, yang hendaklah terdiri daripada dua orang pengamal perubatan
Pergigian 27
dan seorang doktor pergigian yang dilantik oleh Majlis, sebagai tidak layak untuk melaksanakan kewajipan profesionalnya oleh sebab keadaan mental atau fizikalnya, orang itu hendaklah dengan itu terhenti didaftarkan sedemikian, dan suatu catatan hendaklah dibuat dengan sewajarnya bersetentangan dengan namanya dalam Daftar.
Seseorang yang terhenti didaftarkan di bawah Akta ini menurut subseksyen (1) tidak boleh didaftarkan lagi melainkan jika dia membuktikan dan Majlis berpuas hati bahawa keadaan mental atau fizikalnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, membenarkan dia didaftarkan lagi.