Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
13. Orang yang berhak didaftarkan sebagai dentis
Feedback & supportTertakluk pada peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya, seseorang adalah berhak didaftarkan sebagai seorang dentis di bawah Akta ini apabila membuat permohonan kepada
Pendaftar dalam borang yang ditetapkan jika—
sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa dia telah didaftarkan—
sebagai seorang dentis dalam bahagian dua dalam daftar yang disenggarakan di bawah Ordinan
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 51
Pendaftaran Dentis 1948 Semenanjung Malaysia
[P.T.M. 7 tahun 1948]; atau
sebagai dentis menurut perenggan 7(1)(c) dan (d)
Ordinan Pendaftaran Dentis Sarawak [Bab 111]
dalam daftar yang disenggarakan di bawah Ordinan itu; atau
dia telah sebenar-benarnya bekerja, sebagai mata pencarian tunggalnya, dalam menjalankan amalan pergigian di Negeri Sabah bagi tempoh tiga tahun terus-menerus sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa dan dia memuaskan hati Majlis bahawa dia menjalankan amalan pergigian dalam keadaan yang tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan awam, bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam amalan pergigian, dan bahawa dia seorang yang layak dan sesuai menjalankan amalan pergigian.
Tiap-tiap orang yang memohon untuk didaftarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah membuat permohonan pendaftaran dalam masa enam bulan selepas Akta ini mula berkuat kuasa, dan hendaklah memberikan keterangan berkenaan dengan kelakuan baik, yang memuaskan hati Majlis.