Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
17. Sekatan ke atas pendaftaran
Feedback & supportJika seseorang yang memohon untuk didaftarkan telah—
didapati bersalah pada bila-bila masa atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh dua tahun atau lebih; atau
didapati oleh Majlis, selepas menjalankan penyiasatan yang sewajarnya bersalah kerana berkelakuan buruk dari apa-apa jua segi profesion atau selainnya tidak mempunyai nama dan kelakuan baik; atau
didapati oleh panel kajian semula perubatan, yang hendaklah terdiri daripada dua orang pengamal perubatan dan seorang doktor pergigian yang dilantik oleh Majlis, selepas menjalankan penyiasatan yang sewajarnya sebagai tidak layak untuk melaksanakan kewajipan profesionalnya oleh sebab keadaan mental atau fizikalnya,
Majlis boleh mengarahkan Pendaftar supaya tidak memasukkan nama orang itu dalam Daftar.
Pendaftar hendaklah segera memberitahu dengan bertulis orang yang berkenaan itu mengenai arahan
Majlis tidak membenarkan nama orang itu dimasukkan dalam Daftar.
Pergigian 23
Apabila sesuatu penyiasatan dijalankan di bawah perenggan
, pemohon adalah berhak hadir di hadapan Majlis dan didengar sendiri atau melalui peguam.