Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
29. Menunjukkan perakuan pendaftaran dan perakuan amalan tahunan
Feedback & supportTiap-tiap pengamal pergigian berdaftar hendaklah menyebabkan supaya ditunjukkan di suatu tempat yang mudah dilihat di mana-mana premis di mana dia menjalankan amalan pergigian kecuali sebagai seorang pegawai dalam perkhidmatan awam perakuan pendaftaran dan perakuan amalan tahunan semasa yang dikeluarkan kepadanya.
Pergigian 31
Jika seseorang pengamal pergigian berdaftar menjalankan amalan pergigian sebagaimana yang disebut terdahulu di dua alamat atau lebih, dia hendaklah menyebabkan supaya perakuan pendaftaran asalnya dan perakuan amalan tahunan semasa asalnya ditunjukkan sebagaimana yang disebut terdahulu di premis di tempat amalan utamanya dan satu salinan yang diperakui setiap perakuan tersebut di premis di tiap-tiap tempat amalan yang lain itu; salinan-salinan yang diperakui itu hendaklah diperolehnya bagi maksud itu daripada
Pendaftar dengan membuat permohonan bertulis mengikut cara yang ditetapkan dan dengan membayar bayaran yang ditetapkan baginya.
Jika seseorang pengamal pergigian berdaftar melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) dia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Sesiapa yang menunjukkan atau membenarkan ditunjukkan di mana-mana premis sesuatu perakuan pendaftaran atau sesuatu perakuan amalan tahunan atau sesuatu salinan yang diperakui bagi mana-mana satu perakuan itu yang mengandungi nama atau gambar fotonya pada bila-bila masa manakala namanya tidak terdapat di dalam Daftar atau manakala dia tidak memegang suatu perakuan amalan tahunan yang sah, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Pengamal yang menjalankan amalan di beberapa tempat hendaklah memberikan butiran pengamal di setiap tempat amalan