Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian II · Majlis Pergigian Malaysia
12. Jawatankuasa Majlis
Feedback & supportMajlis boleh menubuhkan jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Majlis untuk membantu
Majlis dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya.
Suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
hendaklah dipengerusikan oleh seorang doktor pergigian yang dilantik oleh Majlis;
hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Majlis; dan
hendaklah menepati mana-mana tatacara yang ditentukan oleh Majlis.
Undang-Undang Malaysia 20
Majlis boleh melantik mana-mana orang sebagai anggota bagi mana-mana jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberi notis secara bertulis kepada
Yang Dipertua.
Majlis boleh, pada bila-bila masa, mengubah keanggotaan atau membubarkan suatu jawatankuasa.