Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian II · Majlis Pergigian Malaysia

6. Keanggotaan Majlis

Feedback & support
(1)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Yang Dipertua;

(b)

Pengarah Kanan yang hendaklah menjadi Pendaftar

Pergigian;

(c)

enam orang doktor pergigian daripada kalangan kakitangan akademik fakulti pergigian institusi latihan tempatan yang diakreditasikan yang dilantik oleh Menteri, tiga daripadanya hendaklah daripada sektor awam dan tiga daripadanya hendaklah daripada sektor swasta;

Pergigian 15

(d)

enam orang doktor pergigian yang dinamakan oleh

Yang Dipertua dan dilantik oleh Menteri, tiga daripadanya hendaklah daripada sektor awam dan tiga daripadanya hendaklah daripada sektor swasta;

(e)

empat orang doktor pergigian daripada sektor awam, yang bermastautin di Semenanjung Malaysia, yang dipilih oleh doktor pergigian yang bermastautin di Semenanjung Malaysia;

(f)

empat orang doktor pergigian daripada sektor swasta, yang bermastautin di Semenanjung Malaysia, yang dipilih oleh doktor pergigian yang bermastautin di Semenanjung Malaysia;

(g)

seorang doktor pergigian yang bermastautin di Sabah yang dipilih oleh doktor pergigian yang bermastautin di Sabah;

(h)

seorang doktor pergigian yang bermastautin di Sarawak yang dipilih oleh doktor pergigian yang bermastautin di Sarawak; dan

(i)

dua orang juruterapi pergigian yang merupakan anggota

Lembaga yang dinamakan oleh Lembaga dan dilantik oleh Menteri.

(2)

Seseorang doktor pergigian tidak boleh dilantik sebagai anggota Majlis di bawah perenggan (1)(c) atau (d) atau dipilih untuk menjadi seorang anggota Majlis di bawah perenggan (1)(e)

hingga (h) melainkan jika—

(a)

dia adalah warganegara Malaysia;

(b)

dia bermastautin di Malaysia;

(c)

dia memegang perakuan pengamalan tahunan yang sah;

dan

(d)

dia telah berdaftar dengan Majlis dan menjalankan amalan di Malaysia tidak kurang daripada tujuh tahun.

Undang-Undang Malaysia 16

(3)

Seseorang doktor pergigian tidak layak untuk menamakan seorang anggota Majlis di bawah perenggan (1)(e) hingga (h)

melainkan jika—

(a)

dia adalah warganegara Malaysia; dan

(b)

dia memegang perakuan pengamalan tahunan yang sah.

(4)

Penamaan dan pemilihan anggota Majlis yang disebut dalam perenggan (1)(e) hingga (h) hendaklah dijalankan dalam cara yang ditetapkan.

(5)

Seseorang doktor pergigian tidak boleh pada masa yang sama berkhidmat sebagai anggota Majlis dalam lebih daripada satu jawatan.

(6)

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi anggota

Majlis.

Report

Bahagian III

Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia

Bahagian IV

Pendaftaran Pengamal

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules