Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian II · Majlis Pergigian Malaysia
7. Kuasa Menteri untuk melantik anggota Majlis
Feedback & support(1)
Bagi maksud perenggan 6(1)(e) hingga (h), Menteri boleh melantik mana-mana doktor pergigian yang layak untuk dinamakan atau dipilih menjadi anggota Majlis jika doktor pergigian tidak menamakan anggota Majlis pada tarikh yang dinyatakan dalam notis dan permintaan bagi penamaan.
(2)
Mana-mana doktor pergigian yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang anggota seolah-olah dia telah dinamakan atau dipilih dengan sewajarnya.