Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian II · Majlis Pergigian Malaysia
14. Pelantikan pekerja Majlis
Feedback & support(1)
Majlis boleh melantik atau menggaji apa-apa bilangan pekerja atas terma dan syarat yang difikirkannya sesuai oleh
Majlis untuk menjalankan maksud Akta ini.
(2)
Pekerja yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibayar saraan, elaun dan faedah dan pelantikannya hendaklah atas terma yang difikirkan patut oleh Majlis.
(3)
Seseorang tidak layak untuk digaji sebagai pekerja Majlis jika, secara langsung atau tidak langsung, dia sendiri atau rakan kongsinya, mempunyai apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau cadangan kontrak dengan, bagi atau bagi pihak Majlis.
Pergigian 21