Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian II · Majlis Pergigian Malaysia
5. Kuasa Majlis
Feedback & supportMajlis boleh melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 14
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Majlis boleh—
meluluskan atau menolak permohonan bagi pendaftaran pengamal pergigian dan pakar pergigian di bawah Akta ini atau meluluskan apa-apa permohonan tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan;
mengenakan fi atau apa-apa caj lain sebagaimana yang difikirkannya patut yang ditetapkan dalam
Jadual Keempat dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;
membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Majlis dan jawatankuasa;
mengambil kerja apa-apa bilangan pekerja sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majlis atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis bagi menjalankan maksud Akta ini;
membayar saraan, elaun dan faedah lain kepada pekerja;
dan
melantik mana-mana pengamal untuk mewakili Majlis dalam apa-apa jawatankuasa, panel atau institusi yang orang itu kemudiannya membuat syor kepada Majlis mengenai semua perkara yang berhubungan dengan kelayakan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion.