Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian II · Majlis Pergigian Malaysia

8. Kehilangan kelayakan daripada pelantikan, penamaan atau pemilihan

Feedback & support
(1)

Seseorang doktor pergigian tidak layak untuk dilantik, dinamakan atau dipilih sebagai anggota Majlis di bawah perenggan 6(1)(c) hingga (h) jika—

(a)

dia telah didapati bersalah oleh mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang

Pergigian 17

boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda;

(b)

dia seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(c)

namanya pada bila-bila masa telah dipotong daripada

Daftar Pergigian; atau

(d)

namanya telah dipotong daripada mana-mana daftar pengamal pergigian atau yang setara yang disenggara di mana-mana tempat di luar Malaysia akibat daripada apa-apa salah laku atau prosiding tatatertib.

(2)

Mana-mana doktor pergigian yang namanya telah digantung daripada Daftar Pergigian tidak layak untuk dilantik, dinamakan atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 6(1)(c) hingga (h) bagi tempoh enam tahun selepas tamat tempoh penggantungan itu.

(3)

Mana-mana doktor pergigian yang telah dicela di bawah perenggan 58(1)(c), tidak layak untuk dilantik, dinamakan atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 6(1)(c) hingga (h) bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pencelaan itu.

(4)

Seorang anggota yang telah dilantik atau dipilih di bawah

Akta ini hendaklah disifatkan telah mengosongkan kerusinya sebagai anggota Majlis jika—

(a)

dia bukan lagi seorang warganegara Malaysia;

(b)

dia tidak lagi bermastautin di Malaysia;

(c)

dia tidak lagi memegang perakuan pengamalan tahunan yang sah;

(d)

dia seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(e)

dia tidak lagi layak di bawah subseksyen 6(1);

(f)

dia, tertakluk kepada tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3), telah dihukum oleh Majlis di bawah seksyen 58;

Undang-Undang Malaysia 18

(g)

namanya telah dipotong daripada mana-mana daftar pengamal pergigian yang disenggara di mana-mana tempat di luar Malaysia akibat daripada apa-apa salah laku atau prosiding tatatertib; atau

(h)

dia telah didapati bersalah oleh mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda.

Report

Bahagian III

Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia

Bahagian IV

Pendaftaran Pengamal

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules