Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian II · Majlis Pergigian Malaysia
4. Fungsi Majlis
Feedback & supportMajlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk mengiktiraf kelayakan bagi pendaftaran pengamal di bawah Akta ini;
untuk meluluskan kelayakan lepas ijazah untuk mendaftar sebagai pakar pergigian;
untuk mendaftar dan mengeluarkan perakuan kepada pengamal pergigian;
untuk mendaftar dan mengeluarkan perakuan kepada pakar pergigian;
untuk menentukan kriteria bagi pendaftaran pakar pergigian;
untuk mengawal selia peperiksaan bagi pendaftaran doktor pergigian;
untuk mengawal selia tempoh perkhidmatan wajib pengamal pergigian;
untuk mengawal selia standard amalan pengamal pergigian;
untuk mengawal selia etika dan tatalaku profesional pengamal pergigian;
untuk mengawal selia skop amalan pengamal; dan
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan untuk dilakukan di bawah Akta ini.