Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
43A. Pemilihan untuk akaun ahli Kumpulan Wang diuruskan mengikut Shariah
Feedback & supportAhli Kumpulan Wang boleh memilih bagi kesemua amaun yang ada pada kredit akaunnya untuk diuruskan mengikut Shariah tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
Pemilihan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan pemilihan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan oleh
Lembaga.
Lembaga hendaklah memberitahu tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2) kepada ahli Kumpulan Wang itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa itu.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 59
Ahli Kumpulan Wang itu boleh, sebelum tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2), membatalkan pemilihannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
Selepas pemilihan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
berkuat kuasa, Lembaga hendaklah mengasingkan akaun ahli
Kumpulan Wang itu daripada akaun ahli-ahli Kumpulan Wang yang lain—
yang tidak membuat pemilihan di bawah subseksyen (1);
dan
yang telah membuat pemilihan di bawah subseksyen (1)
tetapi pemilihan itu masih belum berkuat kuasa, bagi maksud menguruskan akaun ahli Kumpulan Wang itu mengikut
Shariah.