Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

51. Caruman dan deposit tidak boleh diserah hak atau ditahan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

(a)

tiada jumlah wang yang dipotong daripada upah seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah seksyen 48;

(b)

tiada amaun yang kena dibayar oleh majikan sebagai carumannya; dan

(c)

tiada amaun yang berada pada kredit seseorang ahli

Kumpulan Wang, boleh diserahhakkan, dipindahkan, kena ditahan, disekuesterkan, dilevikan ke atasnya, bagi, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan apa jua pun, dan *Ketua Pengarah Insolvensi tidaklah berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa jumlah wang atau amaun tersebut.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan (1)(c) boleh dilucuthakkan jika amaun yang ada pada kredit ahli itu adalah tertakluk pada suatu perintah pelucuthakan oleh mahkamah di bawah

**Akta

Pencegahan

Pengubahan

Wang

Haram,

Pencegahan

Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan

Hasil daripada Aktiviti Haram 2001[Akta 613].

Report

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules