Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
46. Tanggungan bersama dan berasingan bagi pengarah, dsb
Feedback & supportJika apa-apa caruman masih tidak dibayar oleh sesuatu syarikat, sesuatu firma atau sesuatu persatuan orang, maka, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, pengarah syarikat itu termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah syarikat itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pekongsi firma itu, termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pekongsi firma itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pemegang jawatan dalam persatuan orang itu, termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pemegang jawatan dalam persatuan itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, firma atau persatuan orang yang bertanggungan untuk membayar caruman tersebut, bersama-sama dan berasingan bertanggungan bagi caruman yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada
Kumpulan Wang.
Bagi maksud seksyen ini—
“caruman” hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman;
“pekongsi”—
ertinya mana-mana pekongsi yang disebut dalam
Akta Perkongsian 1961 [Akta 135]; atau
mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad
Labuan 2010 [Akta 707] dan Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012 [Akta 743].
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 452