Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

45. Pembayaran caruman

Feedback & support
(1)

Kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, majikan hendaklah, pada mulanya, bertanggungan untuk membayar kedua-dua caruman yang kena dibayar oleh dirinya serta juga, bagi pihak dan dengan tidak termasuk pekerja, caruman yang kena dibayar oleh pekerja tersebut; dan bagi maksud Akta ini caruman yang dibayar oleh majikan bagi pihak pekerja hendaklah disifatkan sebagai caruman oleh pekerja.

(2)

Caruman yang kena dibayar oleh majikan bagi dirinya dan bagi pihak pekerja di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar berkenaan dengan upah bulan pertama dan berikutnya.

(3)

Walau apa pun seksyen 49, jika majikan gagal membayar apa-apa caruman yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah, sebagai tambahan kepada caruman itu, bertanggungan untuk membayar dividen ke atas caruman itu pada kadar dan mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga.

(4)

Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 61

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules