Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
53E. Penghentian pemindahan caruman
Feedback & supportApabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan berhubung dengan suatu pemindahan caruman, ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan carumannya di bawah seksyen 53D boleh memohon kepada Lembaga untuk menghentikan pemindahan itu.
Suatu permohonan bagi penghentian pemindahan caruman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 77
Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2),
Lembaga hendaklah menghentikan pemindahan caruman itu.
Apa-apa amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun ahli
Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan sebelum tarikh penghentian pemindahan caruman itu hendaklah dikekalkan dalam akaun ahli Kumpulan Wang itu.
Pemindahan semula caruman