Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
49. Caj lewat bayar ke atas tunggakan caruman
Feedback & supportJika amaun caruman bulanan atau sebahagian daripada mana-mana caruman bulanan yang seseorang majikan adalah bertanggungan untuk membayar di bawah seksyen 45 tidak dibayar dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah bertanggungan, sebagai tambahan kepada dividen yang hendaklah dibayar di bawah subseksyen 45(3), untuk membayar caj lewat bayar yang hendaklah dikreditkan kepada
Kumpulan Wang ke atas amaun itu pada apa-apa kadar dan mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh dalam mana-mana hal yang difikirkannya patut meremit pada keseluruhannya atau sebahagiannya bayaran mana-mana caj lewat bayar yang kena dibayar di bawah seksyen ini.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 452