Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

53A. Pemindahan kredit ahli Kumpulan Wang mengikut perintah pembahagian harta perkahwinan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 51, apabila suatu perintah dikeluarkan oleh suatu mahkamah bahawa sebahagian daripada jumlah wang yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang adalah merupakan harta perkahwinan, Lembaga boleh, selepas disampaikan perintah yang dimeterai, memindahkan jumlah wang itu sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah itu daripada akaun ahli

Kumpulan Wang itu ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah itu tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

(2)

Lembaga hendaklah menangguhkan apa-apa pemindahan di bawah subseksyen (1) jika suatu perintah, rayuan atau apa-apa proses prosiding mahkamah yang menghalang pelaksanaan perintah di bawah subseksyen (1) disampaikan kepada Lembaga.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), pemindahan kredit daripada akaun seseorang ahli Kumpulan Wang ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah itu adalah tertakluk pada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu pada tarikh pemindahan itu dibuat.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), “tarikh pemindahan” ertinya tarikh yang jumlah wang itu didebitkan daripada akaun seseorang ahli

Kumpulan Wang.

Report

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules