Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
41. Tugas majikan untuk mendaftar dengan Lembaga
Feedback & supportTiap-tiap majikan hendaklah, melainkan jika dia sudah pun didaftarkan dengan Lembaga, sebelum berakhirnya minggu pertama di dalam bulan pertama yang di dalamnya dia membayar upah yang berkenaan dengannya dia dikehendaki untuk membayar caruman di bawah Akta ini, mendaftar dengan Lembaga mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi seorang majikan, mengikut pengertian Akta ini, dia hendaklah, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, memberitahu Lembaga mengenainya mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
Tugas majikan untuk menyediakan dan memberikan penyata upah