Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

53D. Pemilihan oleh ahli Kumpulan Wang untuk memindahkan carumannya

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 51 dan tertakluk pada syarat-syarat dan kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah.

(2)

Seorang ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya hendaklah membuat suatu permohonan kepada Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

(3)

Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2),

Lembaga hendaklah memindahkan caruman ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya ke dalam akaun ahli

Kumpulan Wang yang lain yang dipilihnya secara bulanan atau mengikut apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Lembaga tertakluk pada caruman yang ada dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang membuat pemilihan itu.

Report

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules