Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
53B. Pengeluaran amaun yang dipindahkan
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa peruntukan yang berkaitan dengan
Akta ini, amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun penerima
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 75
yang dinamakan dalam perintah di bawah subseksyen 53A(1) tidak boleh dikeluarkan atau dipindahkan kecuali mengikut subseksyen (2).
Lembaga boleh membenarkan pengeluaran semua amaun yang telah dipindahkan itu tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa penerima itu—
telah meninggal dunia;
telah mencapai umur lima puluh lima tahun;
tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja; atau
bukan seorang warganegara Malaysia dan akan meninggalkan Malaysia.
Jika apa-apa kebenaran bagi pengeluaran di bawah perenggan 2(a) atau 2(c) telah diberikan, tiada amaun tambahan di bawah seksyen 58 boleh dibayar.
BAHAGIAN VB