Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

44. Peremitan wang berkaitan dengan persaraan

Feedback & support
(1)

Sebagai tambahan kepada seksyen 43, seseorang majikan atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa, dengan keizinan pekerja, meremitkan kepada Lembaga—

(a)

apa-apa wang yang merupakan faedah persaraan pekerja itu; atau

(b)

apa-apa wang daripada apa-apa skim atau rancangan persaraan lain yang berhubungan dengan pekerja itu, mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

(2)

Seseorang pekerja atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa meremitkan kepada Lembaga apa-apa wang daripada apa-apa skim atau rancangan persaraan yang berhubungan dengan pekerja atau orang itu mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh

Lembaga.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

(3)

Apabila Lembaga menerima apa-apa wang yang diremitkan di bawah subseksyen (1) atau (2), Lembaga hendaklah menyebabkan wang itu dibayar ke dalam Kumpulan Wang mengikut seksyen 50.

Report

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules