Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian V · Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
53. Penggulungan kumpulan wang diluluskan
Feedback & supportKumpulan wang diluluskan bagi pihak berkuasa berkanun atau tempatan di bawah skim baharu hendaklah digulung pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, dalam setiap hal tertentu, dan kesemua aset dan liabiliti kumpulan wang diluluskan tersebut hendaklah dipindahkan kepada Kumpulan Wang dan diperlakukan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika terdapat suatu skim pencen bagi pihak berkuasa berkanun atau tempatan mengikut pengertian “kumpulan wang diluluskan” di bawah seksyen 2 Akta ini maka penggulungan skim tersebut hendaklah diperlakukan di bawah seksyen 30
Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan
Tempatan 1977 [Akta 185] walau apa pun seksyen 52.
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
BAHAGIAN VA
PEMINDAHAN KREDIT MENGIKUT PERINTAH
PEMBAHAGIAN HARTA PERKAHWINAN