Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Insurans dan Caruman
11. Majikan hendaklah memberikan penyata dan menyenggarakan daftar dalam hal tertentu
Feedback & supportTiap-tiap majikan utama dan majikan langsung hendaklah menyampaikan kepada Pertubuhan atau kepada mana-mana pegawai
Pertubuhan sebagaimana yang diarahkan oleh Pertubuhan apa-apa penyata mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud ini yang berhubungan dengan orang yang diambil kerja olehnya atau berkenaan dengan mana-mana perusahaan yang mengenainya dia adalah majikan utama atau majikan langsungnya.
Jika, mengenai sesuatu perusahaan, Pertubuhan ada sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu penyata sepatutnya telah disampaikan menurut subseksyen (1) tetapi tidak disampaikan, Pertubuhan boleh menghendaki sesiapa yang mengetuai perusahaan itu memberikan
24
Undang-Undang Malaysia apa-apa butir yang pada pendapatnya adalah perlu bagi maksud membolehkan Pertubuhan memutuskan sama ada perusahaan itu adalah suatu perusahaan yang mengenainya Akta ini terpakai.
Tiap-tiap majikan utama dan majikan langsung hendaklah menyenggarakan daftar atau rekod mengenai perusahaannya sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud ini.