Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian II · Insurans dan Caruman

12. Pemeriksa, fungsi dan kewajipan mereka

Feedback & support
(1)

Menteri boleh melantik sesiapa yang difikir patut sebagai

Pemeriksa, bagi maksud Akta ini.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan di bawah Akta ini.

(3)

Seseorang Pemeriksa hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai atau pekhidmat lain

Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk bertindak bagi pihak Ketua Pengarah, dan mana-mana Pemeriksa lain yang berpangkat lebih tinggi daripada Pemeriksa itu, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini dengan mematuhi segala arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam mana-mana hal atau keadaan tertentu, oleh Ketua Pengarah, atau seseorang pegawai atau pekhidmat Pertubuhan yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Ketua Pengarah, atau mana-mana Pemeriksa lain yang berpangkat lebih tinggi daripada Pemeriksa itu.

(4)

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa seseorang Pemeriksa.

Keselamatan Sosial Pekerja 25

Report

Bahagian III

Faedah

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules