Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Insurans dan Caruman
8. Mendapatkan balik caruman daripada majikan langsung
Feedback & supportSeseorang majikan utama, yang telah membayar caruman bagi seseorang pekerja yang diambil kerja olehnya atau melalui seorang majikan langsung, adalah berhak mendapatkan balik wang caruman yang telah dibayar itu (iaitu caruman majikan serta apa-apa jua caruman pekerja, jika ada) daripada majikan langsung, sama ada dengan memotong wang itu daripada apa-apa wang yang kena dibayar kepadanya oleh majikan utama di bawah apa-apa kontrak, atau sebagai suatu hutang yang kena dibayar oleh majikan langsung itu.
Dalam hal yang dirujuk dalam subseksyen (1), majikan langsung adalah berhak mendapatkan balik caruman pekerja daripada pekerja yang diambil kerja olehnya atau melaluinya dengan memotong daripada gaji dan tidak dengan apa-apa cara lain, tertakluk pada syarat bagi subseksyen 7(2).
22
Undang-Undang Malaysia