Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Insurans dan Caruman
5. Semua pekerja hendaklah diinsuranskan
Feedback & support(1)
Tertakluk pada Akta ini, semua pekerja dalam perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai tanpa mengira amaun gaji hendaklah diinsuranskan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Keselamatan Sosial Pekerja 19
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika gaji seseorang pekerja pada bila-bila masa melebihi *enam ribu ringgit sebulan, gajinya hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai *enam ribu ringgit sebulan.