Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Insurans dan Caruman
9A. Caruman jika perusahaan atau pekerja tidak diinsuranskan atau didaftarkan
Feedback & supportCaruman hendaklah kena dibayar berkenaan dengan pekerja mulai dari bulan mereka memasuki pekerjaan dan caruman itu kena dibayar walaupun perusahaan yang baginya Akta ini terpakai atau pekerja atau kedua-duanya tidak diinsuranskan atau didaftarkan dengan Pertubuhan:
Dengan syarat bahawa majikan yang telah membayar tunggakan caruman berkenaan dengan seseorang pekerja akan hanya berhak mendapat balik daripada gaji yang kena dibayar walau apa pun proviso kepada subseksyen 7(2) bahagian caruman pekerja yang kena dibayar dalam masa enam bulan terdahulu yang akhir sebelum tarikh pembayaran.