Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Insurans dan Caruman
7. Section 7
Feedback & supportMajikan utama hendaklah membayar caruman majikan dan caruman pekerja kedua-duanya bagi tiap-tiap seorang pekerja sama ada yang diambil kerja terus olehnya atau melalui seorang majikan langsung.
Walau apa pun apa-apa peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain tetapi tertakluk pada
Akta ini dan peraturan-peraturan, jika ada, majikan utama adalah, mengenai seseorang pekerja yang diambil kerja terus olehnya, berhak
Keselamatan Sosial Pekerja 21
mendapatkan daripada pekerja itu caruman pekerja dengan memotong daripada gajinya tetapi tidak dengan cara lain:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa potongan sedemikian boleh dibuat daripada mana-mana gaji kecuali gaji yang bersabit dengan tempoh atau bahagian tempoh yang mengenainya caruman kena dibayar, atau yang lebih daripada caruman pekerja bagi tempoh itu.
Walau apa pun yang terkandung dalam apa-apa kontrak yang berlawanan, majikan utama atau majikan langsung tidak berhak memotong caruman majikan daripada mana-mana gaji yang kena dibayar kepada seseorang pekerja atau mendapatkan caruman itu daripadanya dengan apa-apa cara lain.
Apa-apa jumlah wang yang dipotong oleh majikan utama daripada gaji di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah diamanahkan kepadanya oleh pekerja bagi maksud membayar caruman yang kerananya wang itu telah dipotong.