Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Insurans dan Caruman
13. Menetapkan caruman dalam hal tertentu
Feedback & supportSeseorang Pemeriksa boleh menaksirkan apa-apa caruman yang kena dibayar oleh mana-mana majikan utama atau langsung berdasarkan apa-apa maklumat yang ada, jika majikan itu—
tidak menyimpan atau menyenggarakan apa-apa penyata, butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki supaya disimpan atau disenggarakan olehnya di bawah Akta ini;
atau
tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, butir, buku daftar atau rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini.
Taksiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi bukti yang mencukupi tentang tuntutan Pertubuhan untuk mendapatkan balik apa-apa caruman di bawah seksyen 84 atau untuk mendapatkan amaun yang ditetapkan melalui taksiran itu sebagai hutang yang kena dibayar kepada Pertubuhan di bawah seksyen 14.
28
Undang-Undang Malaysia
Apa-apa taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan sama ada sendiri atau melalui pos berdaftar.