Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Insurans dan Caruman
6. Caruman
Feedback & supportCaruman yang kena dibayar di bawah Akta ini bagi seseorang pekerja adalah terdiri daripada caruman yang kena dibayar oleh majikan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai caruman majikan) dan caruman yang kena dibayar oleh pekerja (kemudian daripada ini dirujuk sebagai caruman pekerja) dan hendaklah dibayar kepada
Pertubuhan.
Caruman itu hendaklah dibahagi kepada dua jenis yang berikut, iaitu:
caruman jenis pertama, yang merupakan caruman yang kena dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang diinsuranskan terhadap kontingensi keilatan dan bencana kerja; dan
caruman jenis kedua, yang merupakan caruman yang kena dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang diinsuranskan hanya terhadap kontingensi bencana kerja.
Tiap-tiap jenis caruman itu hendaklah dibayar mengikut kadar yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Caruman jenis pertama hendaklah dibayar oleh majikan dan pekerja mengikut bahagiannya masing-masing sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I dalam Jadual Ketiga.
Caruman jenis kedua hendaklah dibayar semuanya oleh majikan.
Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, meminda, menambah,
*CATATAN—Dahulunya “lima ribu ringgit”–lihat Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024
[Akta A1724].
20
Undang-Undang Malaysia mengubah atau mengkaji semula kadar caruman yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Sebulan ialah kiraan tempoh yang baginya semua caruman kena dibayar di bawah Akta ini.
Caruman yang kena dibayar bagi tiap-tiap satu bulan hendaklah biasanya kena dibayar pada hari akhir bulan itu, dan jika pekerja diambil kerja dengan majikan bagi sebahagian sesuatu bulan, caruman bulan itu hendaklah kena dibayar pada hari akhir dia bekerja dengan majikan itu dalam bulan tersebut.
Jika dua caruman atau lebih dibayar berkenaan dengan orang berinsurans yang sama bagi bulan yang sama, caruman-caruman itu hendaklah dikira sebagai satu caruman bulanan tunggal.
Pada menghitung purata gaji anggapan bagi maksud mengira kadar pencen atau faedah yang kena dibayar di bawah Akta ini, dua caruman bulanan atau lebih yang dibayar berkenaan dengan orang berinsurans yang sama bagi bulan yang sama hendaklah dikira sebagai satu caruman bulanan tunggal yang bersamaan dengan agregat gaji bulanan anggapan yang berlainan yang dimaksudkan oleh caruman itu:
Dengan syarat bahawa jika agregat gaji bulanan anggapan yang berlainan yang bersamaan dengan caruman yang berlainan melebihi gaji bulanan anggapan yang maksimum, maka gaji bulanan anggapan hendaklah gaji bulanan yang maksimum itu.
Majikan utama hendaklah mendahulukan pembayaran caruman