Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian II · Insurans dan Caruman

12B. Halangan terhadap penjalanan kuasa oleh Pemeriksa

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

enggan memberi mana-mana Pemeriksa yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 12A akses kepada mana-mana premis atau tempat atau mana-mana bahagian premis atau tempat itu;

26

Undang-Undang Malaysia

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan

Pemeriksa itu masuk yang berhak dilakukan olehnya;

(c)

tidak mematuhi apa-apa permintaan Pemeriksa yang sah di sisi undang-undang dalam melaksanakan kuasanya di bawah seksyen 12A;

(d)

enggan memberi Pemeriksa apa-apa maklumat yang secara munasabahnya dikehendaki daripada orang itu;

(e)

tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang

Pemeriksa, apa-apa harta, buku atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang berhubungan dengannya

Pemeriksa mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini; atau

(f)

memberi Pemeriksa sebagai benar maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian III

Faedah

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules