Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian II · Insurans dan Caruman

12A. Kuasa untuk memeriksa dan menggeledah

Feedback & support

Tertakluk pada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 105, seseorang Pemeriksa boleh pada bila-bila masa yang munasabah—

(a)

membuat apa-apa pemeriksaan dan siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya sedang atau telah dipatuhi;

(b)

pada bila-bila masa yang munasabah memasuki mana-mana premis atau tempat yang diduduki oleh mana-mana majikan utama atau majikan langsung bagi maksud pemeriksaan dan siasatan sedemikian;

(c)

memeriksa majikan utama atau majikan langsung atau ejen atau pekhidmatnya atau mana-mana orang yang dijumpai di premis atau tempat itu atau mana-mana orang yang

Pemeriksa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai merupakan seorang pekerja atau pernah menjadi seorang pekerja;

(d)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana daftar, buku atau dokumen lain yang disimpan di premis atau tempat itu; dan

(e)

menjalankan apa-apa kuasa lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan Akta ini.

Report

Bahagian III

Faedah

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules