Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Insurans dan Caruman
12C. Kuasa untuk memeriksa orang
Feedback & supportSeseorang Pemeriksa yang membuat apa-apa pemeriksaan atau siasatan di bawah seksyen 12A boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dia percaya tahu tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan boleh bagi maksud itu memanggil mana-mana orang sedemikian hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu.
Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Pemeriksa yang membuat pemeriksaan, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Keselamatan Sosial Pekerja 27
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan.
Seseorang Pemeriksa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu tentang subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.