Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian II · Insurans dan Caruman
13A. Kuasa Ketua Pengarah meminta maklumat dan permohonan bagi waran geledah
Feedback & supportBagi maksud mendapatkan maklumat yang lengkap untuk menentukan sama ada mana-mana orang bertanggungan untuk membayar caruman di bawah Akta ini, Ketua Pengarah atau mana-mana Pemeriksa yang dilantik oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang—
mengemukakan kepada Ketua Pengarah atau Pemeriksa itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu apa-apa maklumat atau butir sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; atau
hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah atau Pemeriksa itu dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku, rekod dan dokumen lain termasuk rekod elektronik yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah atau Pemeriksa itu; atau
mengemukakan maklumat atau butir mengikut perenggan (a) dan juga hadir mengikut perenggan (b).
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
Jika didapati oleh mana-mana Majistret, berdasarkan maklumat bertulis yang dibuat secara bersumpah, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat di mana-mana premis tertentu apa-apa buku, akaun, rekod (termasuk rekod elektronik) atau dokumen lain, yang pengemukaannya telah dikehendaki menurut subseksyen (1)
dan yang tidak dikemukakan bagi mematuhi kehendak itu, maka
Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada
Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya, dengan atau tanpa pembantu—
Keselamatan Sosial Pekerja 29
untuk menggeledah premis itu dan memecah buka dan menggeledah apa-apa almari, laci, almari berlaci, peti, kotak, bungkusan atau bekas lain, sama ada suatu lekapan atau tidak, dalam premis itu; dan
untuk mengambil milik, atau melindungi daripada gangguan, apa-apa buku, akaun, rekod (termasuk rekod elektronik) atau dokumen lain yang tampak sebagai buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya dikehendaki sedemikian.