Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59B. Penubuhan Lembaga
Feedback & supportSuatu lembaga yang hendaklah dikenali sebagai Lembaga
Pertubuhan Keselamatan Sosial hendaklah ditubuhkan.
Lembaga hendaklah dianggotai seperti yang berikut:
seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
Ketua Pengarah Pertubuhan;
seorang pegawai mewakili Kementerian Kewangan;
seorang pegawai mewakili
Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;
seorang pegawai mewakili
Kementerian yang bertanggungjawab bagi kesihatan;
tidak lebih daripada empat orang mewakili majikan yang akan dilantik oleh Menteri dengan berunding dengan pertubuhan yang mewakili majikan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri bagi maksud tersebut;
tidak lebih daripada empat orang mewakili orang berinsurans yang akan dilantik oleh Menteri dengan berunding dengan pertubuhan yang mewakili orang berinsurans sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Menteri bagi maksud tersebut;
tiga orang yang mempunyai pengalaman dalam perkara keselamatan sosial yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Pelantikan ahli Lembaga hendaklah diberitahukan dalam
Warta.
Ahli Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(a), (d), (e)
dan (f) hendaklah memegang jawatan selama tempoh dan tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara pelantikan mereka.
64
Undang-Undang Malaysia
Lembaga tidak terhalang daripada menjalankan mana-mana daripada fungsi, kewajipan dan tanggungannya di bawah Akta ini dengan sebab apa-apa kekosongan dalam keahliannya:
Dengan syarat bahawa Menteri hendaklah mengambil segala langkah yang boleh untuk memastikan supaya sesuatu kekosongan antara orang yang dilantik mengikut perenggan (2)(a), (d), (e) dan (f)
diisi dengan seberapa segera yang munasabah praktik.
(Dipotong oleh Akta A981).
Menteri boleh melantik seorang pegawai Pertubuhan bagi menjalankan kewajipan Setiausaha Lembaga dan seorang pegawai lain sebagai Penolongnya.
Menteri boleh bagi setiap ahli yang dilantik di bawah perenggan (2)(d) dan (e) melantik seseorang menjadi ahli silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Lembaga menggantikan ahli itu apabila ahli itu tidak dapat hadir kerana sakit, ketidakupayaan atau apa-apa sebab lain:
Dengan syarat bahawa pelantikan ahli silih ganti itu hendaklah dirundingkan dengan pertubuhan yang mewakili majikan atau orang berinsurans, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang ahli silih ganti hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai seorang ahli
Lembaga.
Seseorang ahli silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu berhenti daripada menjadi ahli atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi ahli silih ganti apabila ahli yang dia ialah ahli silih gantinya tidak lagi menjadi ahli Lembaga.
Keselamatan Sosial Pekerja 65