Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit

59L. Pelantikan pegawai dan pekhidmat

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 59, Lembaga boleh melantik pegawai dan pekhidmat lain Pertubuhan sebagaimana yang perlu bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Pertubuhan jika dia mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak

Pertubuhan.

(3)

Seseorang pegawai atau pekhidmat

Pertubuhan yang mempunyai atau memperoleh secara langsung atau secara tidak langsung sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh dibuang oleh

Lembaga:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun pegawai atau pekhidmat tersebut boleh dibuang tanpa diberi peluang yang berpatutan untuk didengar.

Report

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules