Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59C. Menteri hendaklah melantik mana-mana orang untuk bertindak sebagai Pengerusi
Feedback & support(1)
Jika bagi apa-apa tempoh Pengerusi Lembaga tidak ada buat sementara dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh kerana sakit, atau oleh kerana apa-apa sebab lain tidak dapat menjalankan kewajipannya, Menteri hendaklah melantik mana-mana orang untuk menjalankan kewajipan Pengerusi dalam tempoh tersebut.
(2)
Jika jawatan Pengerusi menjadi kosong, Menteri hendaklah melantik mana-mana orang untuk menjalankan kewajipan Pengerusi sehingga kekosongan itu diisi.