Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59I. Lembaga menguatkuasakan arahan Menteri
Feedback & support(1)
Pada menjalankan kuasa dan menyempurnakan kewajipan dan fungsinya di bawah
Akta ini,
Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri yang boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang tidak berlawanan dengan Akta ini, dan
Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, menguatkuasakan semua arahan itu.
(2)
Menteri boleh pada bila-bila masa menghendaki Lembaga mengemukakan kepadanya cadangan untuk mengadakan Rancangan
Keselamatan Sosial baharu atau mengubahsuaikan atau memperluas rancangan yang sedia ada sebagaimana yang perlu bagi memenuhi program dasar sosial Kerajaan.
Perwakilan kuasa