Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59E. Terhenti menjadi ahli Lembaga
Feedback & support(1)
Seseorang ahli Lembaga adalah terhenti menjadi ahli—
(a)
jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa izin Lembaga; atau
(b)
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2)
Seseorang ahli Lembaga yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan 59B (2)(a), (2)(d), (2)(e) dan (2)(f) boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.