Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59Q. Jawatankuasa Tatatertib
Feedback & supportSuatu Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang berikut hendaklah ada:
dua orang anggota yang hendaklah dilantik oleh dan daripada kalangan anggota Lembaga (selain Pengerusi
Lembaga), salah seorang daripadanya hendaklah dilantik menjadi pengerusi; dan
Ketua Pengarah:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah atau Timbalan
Ketua Pengarah, mengikut mana yang berkenaan, tidaklah boleh menjadi ahli Jawatankuasa Tatatertib dalam mana-mana prosiding yang di hadapannya dia adalah pengadu, dalam hal yang sedemikian tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dilantik oleh dan dari kalangan ahli Lembaga.