Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59R. Tatatertib pegawai
Feedback & supportPihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Pertubuhan, selain Ketua Pengarah dan
Timbalan Ketua Pengarah, hendaklah Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 59Q.
Pada menjalankan fungsi, kuasa atau fungsi tatatertibnya,
Jawatankuasa
Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib
Keselamatan Sosial Pekerja 71
yang diperuntukkan melalui mana-mana kaedah yang boleh dibuat di bawah seksyen 59T.
Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk pada subseksyen (4), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau fungsi tatatertibnya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Pertubuhan, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Pertubuhan, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu
Pertubuhan atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Pertubuhan, dan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa yang kepadanya diwakilkan fungsi, kuasa atau fungsi tatatertib itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikan fungsi, kuasa atau fungsi tatatertib itu di bawah arahan dan kawalan
Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, menghapuskan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat, atau jawatankuasa itu.
Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (3) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Pertubuhan menjalankan apa-apa kuasa tatatertib atau menjadi anggota sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Pertubuhan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau fungsi tatatertib di bawah subseksyen (3) boleh, dalam masa empat belas hari, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada
Lembaga Rayuan Tatatertib yang boleh memberikan apa-apa keputusan ke atasnya sebagaimana yang difikirkannya patut.
Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib