Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59N. Kuasa untuk menyelesaikan soal kakitangan
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini dan dalam kaedah-kaedah kakitangan, Ketua Pengarah hendaklah menyelesaikan semua soal yang berhubungan dengan perkhidmatan (selain soal pelantikan, penggantungan, kenaikan pangkat dan pemecatan), gaji, keistimewaan dan elaun pegawai dan pekhidmat Pertubuhan:
Dengan syarat bahawa dalam hal pegawai dan pekhidmat yang bukan dalam kategori Gred 11, kuasa itu, kecuali kuasa untuk memberikan atau menggantung cuti, tidaklah boleh dijalankan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Lembaga.
Mana-mana pegawai atau pekhidmat yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini boleh merayu kepada Lembaga dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah kakitangan.